Fitnah Itu Lebih kejam Dari Pada Pembunuhan

Pasti kalian sudah pernah mendengar tentang istilah " Fitnah Itu Lebih kejam Dari Pada Pembunuhan "
saya juga pernah mengalaminya, pernah di fitnah seseorang yang tidak aku kenal, tiba - tiba berkata buruk sama aku, membicarakan tentang sesuatu hal yang tidak sama sekali aku lakukan. mungkin ini cobaan dari allah, supaya aku bisa mnjadi manusia yang lebih sabar lagi dlm menghadapi cobaan hidup...:) Amin..


Mengenai tentang fitnah, Fitnah berasal dari bahasa arab. Para ahli bahasa Arab menjelaskan bahwa dalam kata fitnah terkandung makna ujian (الامْتِحَانُ) dan upaya untuk menyingkap sesuatu (الاِخْتِبَارُ). Oleh karenanya, kata fitnah pada asalnya digunakan untuk pengujian kadar keaslian emas atau untuk membedakan antara emas yang asli atau bukan, dengan cara dimasukkan ke dalam api yang panas. (Lihat Lisanul ‘Arab (13/317))

Dalam bahasa sehari-hari kata ‘fitnah’ diartikan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain, dimana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan perbuatan yang dituduhkan. Maka perilaku tersebut disebut memfitnah.


FITNAH DALAM QURAN 
Makna fitnah dalam Quran adala berbeza. Ianya seumpa berikut:

1. Fitnah bermaksud Syirik. 
Firman Allah :

“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)
“Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (193 : al-Baqarah)
“dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh.” (217 : al-Baqarah)

2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan. 
Firman Allah:

“Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar.”(40 : Toha)
“Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu.” (3 : al-Ankabut)

3. Fitnah bermaksud seksa 
Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan … “

Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.

4. Fitnah bermaksud dosa. 
Firman Allah:

“Dan sebahagian mereka ada yang berkata “izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang).” (49 : at-Taubah) 

5. Fitnah bermaksud kekufuran.
Firman Allah:

“Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran.” (48 : at-Taubah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali imran.

6. Fitnah bermaksud pembunuhan dan kebinasaan. 
Firman Allah:

“Sekiranya kamu takut orang-orang kafir membunuh kamu.” (101 : an-Nisa)
Begitu juga fitnah pada ayat 83 surah Yunus.

7. Fitnah bermaksud berpaling dari jalan yang benar. 
Firman Allah:

“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” (49 : Maidah)
Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.

8. Fitnah bermaksud sesat. 
Firman Allah :

“Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.

9. Fitnah bermaksud alasan. 
Firman Allah :

“kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (23 : al-An’am)
Sebahgian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.


FITNAH DALAM HADIS 
1. Fitnah bermaksud perselisihan dan peperangan 
Nabi saw bersabda:

“Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hr Bukhari dan Muslim)

2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan 
Nabi saw bersabda :

“Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula2 menimpa bani Israel adalah wanita.” (Hr Muslim)

3. Fitnah bermaksud melalaikan dan melekakan. 
Hadis Nabi saw:

“Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya.” (Hr Bukhari)

4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan 
Nabi saw bersabda:

“Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya.” (Hr Bukhari)

5. Fitnah bermaksud berlaku kemungkaran dan kemaksiatan. 
Nabi saw bersabda:

“Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (HR. Ibnu Majah)

6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur. 
Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:

“Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan." (Hr Bukhari dan Muslim)

7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama 
Nabi saw bersabda kepada Muaz ra:

“Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?”  (Hr Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan: Fitnah mempunyai berbagai makna dan maksud di dalam Quran dan hadis Rasulullah saw. Orang melayu selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:

“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

Banyak di kalangan orang melayu termasuk ustaz2 yang mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa arab. Ini satu pentafsiran mengikut hawa nafsu. Nabi saw bersabda:

“Sesiapa yang berkata tentang quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di neraka.”(HR. Tirmizi)

Firman Allah swt:

“… Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu.” (33 : al-Araf)

Berhati hati lah ketika kita mentafsirkan al-Quran kerana ia adalah kalamullah. Kita tidak boleh mentafsirkan sendiri dan kita hendaklah hanya mengambil dari para pentafsir yang muktabar.

Wallahu a’lam bish-shawabi... 
Jika terjadi kesalahan dan kekurangan  dalam catatan ini... mohon di ingatkan.....
saya mohon maaf,  :)


Semoga Allah SWT. memberi kekuatan untuk kita amalkan.
Wassalamualaikum...

0 Response to "Fitnah Itu Lebih kejam Dari Pada Pembunuhan"

Post a Comment